1. Tong sampah ini diedarkan secara percuma oleh SWM Environment Sdn Bhd (SWM) kepada pemilik/penyewa premis kediaman.
2. Setiap tong dilengkapi dengan nombor siri mengikut kawasan dan akan direkodkan di dalam sistem pangkalan data SWM.
3. Tong ini adalah WAJIB digunakan oleh pemilik premis/penyewa untuk melupuskan sampah-sampah isi rumah (household waste) seperti sisa dapur.
4. Pihak SWM tidak akan mengutip sampah yang tidak menggunakan tong ini.
5. Penjagaan tong adalah tanggungjawab pemilik/penyewa premis sepenuhnya.
6. Pemilik/penyewa premis adalah bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan tong akibat daripada kecuaian pemilik premis.
7. Pemilik/penyewa premis perlu membeli tong baru daripada SWM mengikut harga semasa seunit jika kerosakan teruk berlaku akibat kecuaian pemilik/penyewa premis.
8. Jika kerosakan tong disebabkan kecuaian pekerja SWM maka pemilik premis/penyewa perlu melaporkan kepada SWM melalui Talian Indahkan Malaysia 1-800-88-7472 sebagaimana tertera pada tong.
9. Jika berlaku kehilangan/kecurian tong,pemilik/penyewa premis perlu membuat laporan polis dan kemudian memaklumkan kepada SWM untuk tindakan selanjutnya. Penggantian tong hanya akan dilakukan selepas siasatan yang menyeluruh oleh pihak SWM selesai.
10. Pemilik/penyewa premis dilarang menukar hak milik, memindah atau menjual tong kepada orang lain.
11. Jika pemilik premis/penyewa berpindah rumah, tong ini TIDAK DIBENARKAN dibawa sekali. Tong hendaklah ditinggalkan di premis.
12. Setiap pemilik/penyewa premis hanya boleh memiliki seunit tong pada satu masa sahaja.
13. Pemilik/penyewa dilarang mengikat tong sampah pada sebarang struktur pagar, tiang lampu, saluran paip air dan lain-lain untuk memudahkan proses pengosongan tong oleh pekerja SWM.
14. Pemilik/penyewa dilarang menconteng/mengecat permukaan tong.
15. Pemilik/penyewa dilarang melupuskan batang/ranting kayu, batu-bata, konkrit, debu, abu panas dan bahan-bahan lain yang boleh merosakkan tong.
16. Sila pastikan tong diletakkan di luar kawasan premis pada hari kutipan sebelum waktu kenderaan kutipan sampai.
17. Sila ikuti kaedah melupuskan sampah yang betul bagi memastikan ketahanan tong dan persekitaran yang bersih.
1. Sila bungkus sampah anda dengan menggunakan beg plastik dengan sempurna sebelum memasukkan ke dalam tong sampah.
2. Sila keringkan kandungan air dari sisa makanan sebelum memasukkan sisa ke dalam beg plastik.
3. Sila pastikan beg plastik tersebut tidak bocor bagi mengelak air lelehan sampah.
4. Sila asingkan bahan kitar semula daripada sampah untuk dipungut pada hari kutipan bahan kitar semula atau dihantar ke pusat kitar semula.
5. Sila pastikan penutup tong sampah sentiasa ditutup bagi mengelakkan daripada air bertakung.
6. Pemilik/penyewa premis digalakkan membersihkan/membasuh tong sekurang-kurangnya seminggu sekali.